PROFIL
PROFIL
Pakar ENT Johor Bahru
Dr Ezairy merupakan Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT, Head & Neck Specialist) di Klinik Pakar ENT Dr Ezairy KPJ Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru. Mendapat pendidikan awal di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajian perubatan di Mesir selama enam tahun. Beliau kemudian menyambung kepakaran di Pusat Perubatan Universiti Malaya selama empat tahun.
“Saya sangat suka menulis dan berkongsi kisah hidup saya kepada anda. Ia meliputi kisah saya di hospital dan cerita kekeluargaan yang ada kala boleh memberi inspirasi kepada sesiapa yang membaca.
Walaupun kita tidak dapat banyak membantu orang, tetapi dengan tulisan juga adakala manusia boleh berubah.
Perubahan itu secara tidak langsung boleh menjadi saham akhirat buat kita.
Saya sangat aktif menulis di laman Facebook page rasmi saya DR EZAIRY M.SALLIH. Sekiranya anda ingin mendapatkan lebih info kesihatan terkini daripada saya, anda boleh follow juga saya di sana.
Jika anda mahukan video perkongsian terkini saya, anda taip sahaja nama saya di YouTube. Anda boleh follow saluran channel YouTube saya di sana. Banyak tip kesihatan saya turut kongsikan.”
Salam perkenalan semua!
DR EZAIRY M.SALLIH